Followers

FACEBLOG :)

faceblog?? serious, ni first time aku dengar.
ni pon aku dapat dari syaz's blog, yang baru tadi aku ber blogwalking.
then tengok ada faceblog ni. and macam best je. so aku join.
untuk korang2 yang belum join, jom la join sama2. :)

minat gila vavik!

apa yang aku minat gila vavik tu shaitooon. gggrrr. aku tak pernah nak minat something
sampai gila sasau macam ni. bapak ar, da parah aku ni. ni aku nak bagi tau la yang aku da TERminat kat dua barang ni. eerr "TER" tu mean yang dulu dulu kala aku memang tak minat.but now the problem is, aku da TERminat pulook kan. sampai semua orang yang aku jumpa mesti aku tanya mana nak carik.huh! kalau aku da minat macam tu la jadinya. if i can't get it. peeehh kecewa tahap vavik sial. i wish it's come true. doa doa aku dapat weeee. nak sangat benda tu, tak kira tak kira nak jugak. hmmm dari tadi aku membebel aku langsung takde bagi tau eeykk barang tu apa. errr biasa la, da gila mmg macam ni. haaaa agak agak apa bendanya yeeee. hmmmm nak tau sila ke bawah.
















bapak aar! bukan doh. besau sangat ni. eerrr tak berani akuuu.
heeee sila ke bawah lagi. 





LAGI LA
























peeeehh!apple siot. hahaha bukan bukan. tak mampu nak beli
tunggu tuan zailani jadi tan sri baru boleh pasang angan2.
lagipon saya suda ada 'baby acer' saya sendiri. biar murah 
janji dia 'baby' kesayangan saya. whuut2.




sila ke bawah


lagi sikit je. tak tipu




promise!







tadaaaaaaaaa!










oouuhh vespa, aku sudah jatuh cinta lagi.
mintak maaf en.boyfie, saya menduakan awak.
see! lawa kan. kan. tolong la puan norhayati
belikan untuk saya, and saya nak sebijik macam tu haaaa. bole ye, yeeee 

lagi satu!




kereta mini, yang gila lama punya kau. haaaa
bukan yang mini baru tu, tak nak aku
nak yang lama punya, tapi mesti merah!
hahaha.eerr jiwa da meronta ronta nak benda alah dua tu
tapi mana nak dapat, dalam mimpi?? hmmm pon boleh la kan.
janji dapat. yang mainan pon bole kot. errr tuan AYAH dan puan MAMA.
saya nak ni bole?? hehehehe *jangan harap la............

hmmm kalau ada rezeki, ada la kan. janji aku da minat gila. apa budak budak cakap selalu tu. 'kaw kaw' eyyh, haaa lebih kurang la. so doakan saya dapat ye awak semua! bye bye~ 




SECEBIS INGATAN BUAT ADAM

Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.

Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. 
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.
Dimana perginya keadilanmu?
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam... 
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.

Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...

Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...

rahsia bulan kelahiran!


rahsia bulan kelahiran! waaaah
bia betul ni?? huuuu  ni yang teruja cap beruk ni
sesaje la kan nak tgk apa yang kena kat aku ni haaaa.
tgk kat profile fb kengkawan semua penuh benda ala ni
macam seronok di tambah dgn aku yang tgh bosan
lagi aku bertambah2 jadi batak. huahuhahua

*lemah lembut?? hahaha saya mmg lemah lembut pon


heeee. tak kira la betul atau tak. tapi ni untuk suka2 je.
gelak2 aku baca benda alah ni. time2 ni la ngaku yang diri ni semua sama
ye2 je sama. ntah berapa je yang sama.


nampak tak yang aku bulatkan tu. haaaa. tu semua en.boyfe punya pasal.
dia menganjig kat aku, pasal benda ni semua. habis aku kene perli je.
nyampah betul la!.
*berdebat?? haaa mugkin jugak la.
*otak cerdas berangan2.iiishh mana ada!
*cerewet? tak pon la. saya seorang yang pendiam okey?
*kedegilan yang tak terkawal. yeeh! part tu paling en.boyfe
menganjig tahap beruk, sebb 100% dia cakap aku mmg DEGIL!
huh! sebuk, wweeekkk bia la.

suka suki

ok berjoli sampai tak ingat dunia kan.
duit da habis baru reti duduk rumah aku ni.
time tu la mulakan operasi menggedik kat mama
buat buat rajin bagai, nak mintak elaun lebih. huahuahua
ingat dapat! mmg tak la kan. macam haraaaam je. huh!
baru semalam keluar jenjalan. niat cuma nak karaoke.
tapi da melencong pegi tempat lain
heeee nampak comel so beli la.

biru?? heee tak penah pulak aku gedik nak try pakai warna biru ni.
tapi en.boyfe suruh try, sbb da bosan tgk aku pakai warna merah je. *sengal!


hah! tapi jam ni tak dapat dielakkan. biasa dan murah!
tapi suka ngn tali dia yang haluuuus tu haa.
++ warna merah weeee. huahuahuahua.
tapi kene bebel dulu ngn en.boyfe sbb dia cakap aku
tak pandai jaga barang2 yang macam tu. takut putus la. apa la.
aaah! bennnci. last2 dapat jugak 
*lepas ni tak nak shoppng la gi laaaa.(poyo lebiiih)