Followers

info minda.



burung belatuk mengetuk pohon kayu untuk memikat burung betina. woow! sangat2 unik kan, kalau la boyfie aku macam tu. hahaha, tapi apa boyfie aku nak ketuk nanti. heee ketuk pintu rumah aku je la. tapi kepala aku yang di ketuk agaknya. burung belatuk mengetuk juga untuk memberi amaran kepada burung belatuk yang lain mengenai kawasan miliknya. HAHAHA, en.boyfie sila buat seperti berikut. so tak ada la orang nak kacau2. huhuuuuu, burung tersebut jugak boleh membuat 25 ketukan dalam SESAAT! cuba imagine yang boyfie korang ketuk kepala korang selama sesaat sebanyak 25 ketukan. boleh hilang akal agaknya. huahuahua~~

eeerrr, apa motif aku merepek meraban ni eyk?? tak pasal2 cerita pasal burung belatuk, huh! da bosan tahap dewa aku ni. so dari tak buat apa baik aku merepek. merepek pon benda yang boleh tambah ilmu pengetahuan kan. kan? HAHAHA, so selamat menambah ilmu ye muruid murid sekalian. :)

finally!

agak lama aku tak pergi bermovie dgn en.boyfie. semalam aku da tempah 2 tiket movie dkt cousin aku. thanx weee, kalau tak penat aku nak beratur panjang2. buat sakit kaki saje, huh. aku pon tak tau sebenarnya nak tgk apa last2 decide tgk movie drive angry dgn i'm number four. sebab aku dgn en.boyfie lagi suka tgk movie yang lebih kepada action. eerr, sangat la tak masuk tgk movie romantik2 ni. kalau ada pon sekali sekala or tgk sape pelakonnya.HAHAHA. movie drive angry tu sangat2 la seronok, dan mmg gila sebab dari mula sampai habis cerita tu tak habis2 mencarut. sbb rating dia pon untuk 18 sahaja ok. (agak bangga disini sebab sudah 18, hahah) so mmg tak rugi kalau pergi tgk pon. aku malas nak cerita banyak. korang pergi try and komen sendiri.
i'm number four lagi gempak bagi aku. cerita dia lebih action and agak science fiction. mmg superb habis la, kalau la aku boleh beli satu panggung tu. HAHAHA kuat berangan aku ni..






macam biasa la, lepas bermovie perut masing2 pon da berdondang sayang. pizza hut jadi santapan kiteorang. heee ada orang nak belanja kan, kita bawak perut je la. tapi sorry sangat2 sayang, saya tak habis makan. perut da cakap stop, dia da penat nak proses makanan tu semua. HAHAHA, habis semua melekat jadi lemak. eerrr, sebenarnya agak takut sikit dgn en.boyfie ni. sebab dia ni agak cerewet bab makanan, kalau tak habis mmg siap la... 

lepas tu terus pegi butik quicksilver, and lebar senyuman orang tu. heee, akhirnya dapat jugak jam tu. hmmm jaga elok2 jam tu, kalau tak nahas kau aku kerjakan. 



*en.boyfie tolong jaga elok2!




sayaaaaang

awaaaak. sumpah saya rindu gila kat awak. da berapa hari saya mimpi awak jer. hmm awaaak, nak jumpa. sob sob sob. . ni yang nak melayan perasaan malam malam buta ni. awak, saya nak mimpi awak lagi la malam ni. sebab saya da rindu serindunya kat awak


BEE! aargghh, damn!

weee gilaa. ni yang nak mencarut ni. alahaaaai sabar fie, sabar ok. dugaan, benda nak jadi kan. nak buat macam mana. hmmm apa kes aku ni?? hmm kene sengat dgn sang buah hati ni! love u la bee! bukan bie sayang aku ok. ni lebah! manis agaknya badan aku ni haaa. sampai kena sengat ngn lebah tu. peeeh, sampai tulang aku rasa bisa tu. baik la, saya nangis. hmmmm maluuuu -.-' tak tahan kot, boleh gelak2 tapi last2 keluar jugak air mata aku ni. nak cover konon dgn gelak2 tu. peeraaah! muka ganas tapi macam adik2 jugak. aaarghh! hmmm sangat la sakit, ++ dgn pening kepala. macam nak pitam pon ada. ni kali kedua la rasanya aku kena sengat dgn lebah tu. tapi yang first2 tu time aku kecik2 lagi. so kalau nangis pon tak heran kot. ni badan je besau tapi still macam adik2. nangis jugak kan.hmmm sob sob. eerrr serious aku da fobia dgn nama LEBAH tu, bila aku ingat2 balik. sampai meremang bulu roma aku ni. sampai macam tu sekali weeee. benci kau LEBAAAAH!


FACEBLOG :)

faceblog?? serious, ni first time aku dengar.
ni pon aku dapat dari syaz's blog, yang baru tadi aku ber blogwalking.
then tengok ada faceblog ni. and macam best je. so aku join.
untuk korang2 yang belum join, jom la join sama2. :)

minat gila vavik!

apa yang aku minat gila vavik tu shaitooon. gggrrr. aku tak pernah nak minat something
sampai gila sasau macam ni. bapak ar, da parah aku ni. ni aku nak bagi tau la yang aku da TERminat kat dua barang ni. eerr "TER" tu mean yang dulu dulu kala aku memang tak minat.but now the problem is, aku da TERminat pulook kan. sampai semua orang yang aku jumpa mesti aku tanya mana nak carik.huh! kalau aku da minat macam tu la jadinya. if i can't get it. peeehh kecewa tahap vavik sial. i wish it's come true. doa doa aku dapat weeee. nak sangat benda tu, tak kira tak kira nak jugak. hmmm dari tadi aku membebel aku langsung takde bagi tau eeykk barang tu apa. errr biasa la, da gila mmg macam ni. haaaa agak agak apa bendanya yeeee. hmmmm nak tau sila ke bawah.
















bapak aar! bukan doh. besau sangat ni. eerrr tak berani akuuu.
heeee sila ke bawah lagi. 





LAGI LA
























peeeehh!apple siot. hahaha bukan bukan. tak mampu nak beli
tunggu tuan zailani jadi tan sri baru boleh pasang angan2.
lagipon saya suda ada 'baby acer' saya sendiri. biar murah 
janji dia 'baby' kesayangan saya. whuut2.




sila ke bawah


lagi sikit je. tak tipu




promise!







tadaaaaaaaaa!










oouuhh vespa, aku sudah jatuh cinta lagi.
mintak maaf en.boyfie, saya menduakan awak.
see! lawa kan. kan. tolong la puan norhayati
belikan untuk saya, and saya nak sebijik macam tu haaaa. bole ye, yeeee 

lagi satu!




kereta mini, yang gila lama punya kau. haaaa
bukan yang mini baru tu, tak nak aku
nak yang lama punya, tapi mesti merah!
hahaha.eerr jiwa da meronta ronta nak benda alah dua tu
tapi mana nak dapat, dalam mimpi?? hmmm pon boleh la kan.
janji dapat. yang mainan pon bole kot. errr tuan AYAH dan puan MAMA.
saya nak ni bole?? hehehehe *jangan harap la............

hmmm kalau ada rezeki, ada la kan. janji aku da minat gila. apa budak budak cakap selalu tu. 'kaw kaw' eyyh, haaa lebih kurang la. so doakan saya dapat ye awak semua! bye bye~ 




SECEBIS INGATAN BUAT ADAM

Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.

Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. 
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.
Dimana perginya keadilanmu?
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam... 
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.

Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...

Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...